Bermula pandang pertama..
From a newbie to a rising talent..
Sebut sahaja pengacara majlis, terbayang suatu tugas getir, bercakap di hadapan khalayak ramai, bukan la kemahuan apatah lagi kepakaran dalam diri seseorang. Saya cuba terjun dan melakukan cubaan demi cubaan, berani dan minat mengatasi segala. Semua majlis berjalan elok tanpa masalah besar. Mencari saya di mana ada?? Teruskan membaca..
GEMURUH JIWA, SEMANGAT MEMBARA..
Biar saya bantu anda
Antara teknik biasa penghilang gemuruh atau'nervous'..
Practice make perfect!
Seorang yang ingin menjadi pakar dalam seseatu bidang memerlukan beribu jam latihan untuk menjadikannya betul-betul ahli. Pengacara majlis yang baik kena selalu praktis dan latihan sebanyak mungkin.


Sedia baru mula!
Makan minum kena jaga. Fizikal kena seiring dengan mental baru bole perform sebaik mungkin. Jangan lupa skrip dan pakaian kena diselesaikan awal baru kita nampak seorang yang profesional!
Senyum selalu
Kerana senyum itu kan sedekah. Walau apa masalah yang dihadapi, sentiasa senyum apabila tiba masanya kita di hadapan khalayak. Berikan sepenuh tumpuan demi kesempurnaan majlis yang diacarakan oleh anda!

